Pages

Tuesday, October 31, 2017

Siri Sebuah Cerita Setiap Hari


Setiap buku dalam siri ini mengandungi 7 cerita fabel yang popular. Ia membolehkan kanak-kanak memanfaatkan masa dengan membaca sebuah cerita yang menyeronokkan setiap hari. Pengajaran bagi setiap cerita diringkaskan dan dipaparkan selepas cerita tersebut.

Dongengan dalam siri ini adalah berpandukan dongengan Aesop. Melalui penyuntingan yang teliti, ayat-ayat yang digunakan mudah difahami oleh kanak-kanak yang baru mula membaca. Maksud setiap kosa kata diterangkan dengan mudah di bahagian glosari di belakang buku.

Ilustrasi yang berwarna-warni dan ceria pula menambahkan keseronokan membaca dan bertindak sebagai tanda visual mengenai adegan, watak dan kosa kata kunci.


SPESIFIKASI
  • Saiz buku: 222mm (L) x 298mm (T) [8¾" (L) x 11¾" (T)]
  • Bilangan muka surat: 16
  • Berwarna
  • Jilidan pin

1 Set Mengandungi 8 Buah Buku Seperti berikut:
  1. Lalat dengan Kerbau dan cerita-cerita lain
  2. Rubah dengan Buah Anggur dan cerita-cerita lain
  3. Gagak dengan Tiram dan cerita-cerita lain
  4. Arnab dengan Kura-Kura dan cerita-cerita lain
  5. Semut dengan Merpati dan cerita-cerita lain
  6. Gagak  yang Dahaga dan cerita-cerita lain
  7. Belalang dengan Semut dan cerita-cerita lain
  8. Serigala dengan Anak Biri-Biri dan cerita-cerita lain

 

 

 

 

Harga
RM55.20/Set @ RM6.90/Buah



No comments:

Post a Comment